Upin Ipin Made In China??
Hari Jumaat yang lalu, saya dan keluarga ke Pasar Malam Taman Selasih, Kulim.
Mencari lauk mentah dan barang keperluan lain.
Pastu ada singgah bahagian yang jual barang RM1.
Belek punya belek, si kakak pilih buku mewarna ni..

Tengok cover.. Ok.. Cuba tengok isi didalamnya



Tak salah solat di library atau taman bunga tu. Cuma pelik kerana seingat saya tiada babak sebegitu di dalam siri Upin Ipin. Paling kelakar, bila paha ayam goreng jadi bunga..huhu
Nak tau kenapa?

Kerana buku mewarna tu didatangkan khas dari negara tanah besar China.
Alahai… jauhnya bahan cetak rompak ni datang ye..
———————————————————–
Nota tambahan :
Lihat bagaimana kaum cina begitu mengambil peluang yang ada. Siri Upin Ipin ni paling popular dan dikenali segenap lapisan masyarakat Malaysia, tapi orang dari negara lain melihat peluang untuk menjana pendapatan. Soal hak cipta dah tolak tepi, yang penting buat dulu. Saya sebenarnya mengagumi semangat yang ada pada kaum Cina dari aspek perniagaan. Ada satu kisah.
Sewaktu saya tinggal di Miri dahulu, ada seorang kaum cina penjual durian tidak putus asa walaupun banyak kali di halau pihak berkuasa kerana lokasi tempat dia menjual tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan. Kalau hari ini dihalau di lokasi A, esoknya dia berpindah ke lokasi B yang tak jauh dari lokasi A. Lokasi tu memang mudah nak dapat pelanggan. Dia tak pernah serik. Hingga sampai ketika, pihak berkuasa tempatan terpaksa memagar kawasan tu kerana tak tahan nak halau penjual yang seorang itu yang tak pernah serik.


























